Tuesday 11 December 2012

everything will be okay :D

Assalamualaikum readers :D


         Okay hari nih nak cakap "saya" pulak lha .sebab kali nih agak sweet but takde lha best mana poonnggg :D okay mula-mula nak start ayat macam bingung hahahah sebab serious takde idea .jap nak ambik mood -------------

         Bismillah :) sejak dha habis sekolah nih macam-macam fikir .ingatkan bilaa dha tak sekolah boleh lha tenangkan fikiran .tapi hakikatnya jauh apa yang dibayang .sedih sebab dha semakin jauh dengan orang yang saya sayang .terutama sekali kawan ddannnn someone



          Cinta yang sejati memang susah untuk dicari kan ? okay takpe lha saya percaya pada jodoh yang akan diberikan oleh Allah kepada kita .kadang-kadang teringin jugak nak tahu siapa orang yang dirahsiakan Allah tuh .tapi kita nih kena banyak bersabar dan menunggu saat-saatnya nanti :) 

          Jadi orang perempuan memang susah lagi lha bab-bab cinta nih .okay bukan tak bersyukur .cuma tak tahu nak buat ayat macam mana .faham-faham je lha ye :) contohnya kami kena pendam perasaan sampai bila-bila .tapi ada jugak sesetengah yang suka jujur dekat lelaki .tapi saya lebih suka orang laki tuh terus terang dekat kita .gentlemen :D sekurang-kurangnya takde lha buat kita menunggu kan :) 

         Kenapa saya boleh suka dekat kawan sendiri ? even dia bukan sama umur tapi dia baik and rapat dan mudah memahami .dha dua tahun kawan tapi dia macam nak ajak main teka-teki .aduuhh saya kalau bab-bab nih memang tak suka .semakin hari semakin rapat tapi takut nak luahkan perasaan .dan paling penting dia akan emo bilaa saya cerita pasal lelaki lain .dan dia cuba jealouskan saya bila dia IM dengan perempuan lain .saya tak faham :(



         Saya cuba lupakan dia .tapi susah :( mesti semua orang pernah merasanya kan ? sampai sekarang dia tak tahu yang saya menaruh harapan pada dia .segala kelemahan dia saya terima sebab setiap manusia mesti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing :D setiap hari saya akan mendoakan kesejahteraan dia dan minta petunjuk Allah adakah dia yang saya perlukan suatu hari nanti ! tapi kalau dha tak de jodoh InsyaAllah saya akan terima dan redha .
        
          Apa patut saya buat ? kawan-kawan saya ada jugak bagi pendapat .tapi saya tak boleh buat apa yang dorang suruh .dan kalau boleh nak terus terang .tapi demi menjaga maruah saya terpaksa pendam .ini lha perempuan ! tak mampu nak buat apa-apa :( bak kata daya kite try jujur dekat dia .dan tengok apa reaksi dia nanti .kalau dia terima Alhamdulillah .tapi kalau dia tolak dan terus menjauhkan diri itu maknanya Allah dha bagi petunjuk untuk kite mencari yang lebih baik ;)




          Memang mudah untuk merancang sesuatu perkara .tapi susah untuk dibuat .dan keputusannya aku akan terus berdoa pada Yang Maha Esa .dan hanya memendamkan perasaan :) "WE CAN ADMIRE WHAT WE SEE ,BUT WE CAN ONLY LOVE WHAT WE TRULY KNOW" ! manusia memang akan menilai dari sudut dalaman  .sebab 1st impression tuh bermula dari mata bukan hati .jadi ,kita kenalah pilih seseorang dari segi agama bukan hanya tengok luaran dia jek :)



         Jodoh itu rahsia Allah .perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan .cinta itu perjuangan .perlu diusahakan walaupun ada rintangan yang akn kite tempuhi untuk bertemu jodoh .jodoh itu bukan milik kita .jodoh itu milik Allah :) maka letakkan ianya di dalam kawalan .bukan mengikut hati dan perasaan .



"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan diri mereka mahupun apa yang tidak mereka ketahui"


          Terima kasih kerana membaca luahan hati saya yang tengah confuse dengan keadaan sekeliling .hopefuly Allah akan tunjukkan yang mana baik dan yang mana buruk ;) amin .dan akhir sekali "don't trust too much ,don't love too much ,don't hope too much because that too much can hurt you so much :* xoxo bye

No comments:

Post a Comment